JAHATNYA IBLIS...!!!!!
Wahab bin Munabbih berkata : "Pada suatu ketika Allah memerintahkan Iblis menghadap Nabi Muhammad saw. Waktu Iblis datang kepada Nabi Muhammad saw ( dia menjelma seperti orang tua yang bertongkat ).

Lalu Nabi saw bertanya : "Anda siapa?"

Iblis menjawab : "Saya Iblis."

Kata Nabi saw : "Kenapa anda datang ke mari?"

Iblis menjawab : "Saya disuruh Tuhan untuk datang menghadap kepadamu dan menjawab segala pertanyaanmu."

Lalu Nabi saw bertanya : "Hei Iblis, berapa banyak musuhmu dalam kalangan umatku?"

Iblis menjawab : "15 orang :

1. Engkau wahai Muhammad kerana engkau mempunyai sifat-sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah; serta juga seluruh nabi-nabi.

2. Imam atau pemimpin yang adil.

3. Orang kaya yang tawadhuk (rendah hati).

4. Peniaga yang jujur.

5. Orang alim yang khusyuk solat.

6. Orang mukmin yang suka memberi nasihat kepada yang lain.

7. Seorang yang pengasih (suka bantu saudaranya).

8. Orang yang taubat (dan tidak ulangi lagi perbuatan itu).

9. Orang yang terhindar dari makanan yang haram (minuman, makanan, wang curian,rasuah dll).

10. Orang mukmin yang selalu berwudhuk.

11. Orang yang banyak sedekah.

12. Umat Islam yang baik akhlaknya.

13. Seseorang yang bermanfaat untuk orang ramai.

14. Orang yang suka membawa al-Quran dan membacanya selalu.

15. Orang yang solat malam.

Orang-orang yang beramal seperti di atas, saya sangat takut kepada mereka."

Kemudian Nabi saw bertanya lagi : "Berapa banyak sahabatmu dalam kalangan umatku, hai Iblis?"

lalu Ilblis menjawab : "10 orang, ya Nabiyallah :

1. Hakim (peguam ) yang membenarkan yang salah dan menyalahkan yang benar.

2. Orang kaya yang takabbur.

3. Peniaga yang penipu (berkata dusta, bersumpah palsu untuk melariskan jualannya).

4. Peminum arak.

5. Orang yang suka mengumpat.

6. Orang yang suka kepada riya' (menayang-nayangkan kecantikan dan keberadaannya kepada orang lain).

7. Orang yang memakan harta anak yatim.

8. Orang yang tidak mempedulikan solat.

9. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

10. Orang yang tinggi angan-angan (mengharapkan sesuatu yang tidak sesuai dengan usahanya)

Mereka yang 10 golongan itu adalah sahabatku (kawan karibku)."


*p/s : Golongan yang 15 terdahulu adalah orang yang dekat kepada Allah dan RasulNya dan golongan yang 10 kemudian adalah manusia yang paling dimurkai Allah swt. Maka, sama-samalah kita renung untuk mengetahui golongan manakah kita???
Labels: edit post
3 Responses
  1. WMZ "ONE" Says:
    This comment has been removed by the author.

  2. WMZ "ONE" Says:

    mintak2 kita duk dlam hok 15 tu..


  3. salam...
    betul 2..
    eloklah kita muhasabah diri kita adakah kita termasuk dlm golongan yang 15 atau 10...
    smoge kite smua termasuk dlm golongan yang 15...
    InsyaAllah...


Post a Comment

  • YM me!

    Followers

    PERJUANGANKU

    Pasti Tok Selehor
    (1994-1996)

    Sek Keb Kok Pasir
    (1997-2002)

    Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu
    (2003-2007)

    Darul Quran JAKIM,Kuala Kubu Bharu
    (29 Dec 2007-05 Julai 2008)

    IPGM Kampus Pendidikan Islam
    (14 Julai 2008-Dec 2013)