SAMA-SAMA KITA RENUNG..TENUNG..MENUNG..FIKIRKAN......

"Kita hanya merupakan pendatang di muka bumi Allah. Jika di negara kita, pendatang dari negara lain yang bekerja pastinya akan bekerja untuk membawa pulang hasil ke negeri masing-masing. Mereka akan kirimkan wang untuk kegunaan sanak saudara di negeri asal mereka. Amatlah malang jika mereka bekerja bersungguh-sungguh, tiba-tiba hasil kerja tersebut tidak dapat dibawa pulang ke negeri asal mereka.
Demikian juga kita di dunia, akan balik ke akhirat. Nak balik pun memang kena balik ke akhirat, tidak mahu balik pun akan dipaksa balik. Sangatlah malang jika pekerjaan kita hari ini tidak dapat dikirim sebagai pahala untuk kita apabila balik ke akhirat nanti..."

(Ucapan Menteri Besar Kelantan, 27 April 2011)

Janganlah kita termasuk dalam golongan orang yang rugi kerana Allah telah memberikan al-Quran sebagai sumber hidayah untuk kita, umat Muhammad s.a.w.
Maka, baca dan tadabbur serta praktikkan setiap apa yang dinyatakan di dalamnya.


  • YM me!

    Followers

    PERJUANGANKU

    Pasti Tok Selehor
    (1994-1996)

    Sek Keb Kok Pasir
    (1997-2002)

    Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu
    (2003-2007)

    Darul Quran JAKIM,Kuala Kubu Bharu
    (29 Dec 2007-05 Julai 2008)

    IPGM Kampus Pendidikan Islam
    (14 Julai 2008-Dec 2013)