Duhai diri..

"Duhai diri..biarlah dirimu jatuh dalam taubat demi taubat berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti..lebih baik terbentur daripada patah..lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat daripada tertipu oleh nikmatNya yang menyebabkan seksa selamanya di akhirat..."



"Ya Tuhan kami, janganlah Kau condongkan hati kami kepada kesesatan setelah Kau berikan petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Kau Maha Pemberi".

"Ya Tuhan kami, Kaulah yang mengumpulkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya". Sesungguhnya Allah tidak menyalahi janji.

(ali Imran ayat 8-9)



alhamdulillah ya Allah...aku bersyukur padaMu ya Allah..kerana telah menjadikan diriku seperti hari ini...

kekalkanlah hari-hariku pada landasan yang tulus lagi benar ini..

sesungguhnya Kau Maha Pemberi Petunjuk..ameen..


Cukuplah Allah sebagai penolongku

Kita yang Menentukan Jalan Hidup Kita,


tetapi Allah yang Mentaqdirkannya..


maka Berserahlah pada Allah..

kerana DIA lebih Mengetahui Apa yang Terbaik

untuk HambaNya...


" Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu, dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

surah al-baqarah ayat 216



CUKUPLAH ALLAH SEBAGAI PENOLONGKU !!!

Duhai mujahidah..
Duhai mujahidah..bermujahadahlah kamu... Ingatlah... !!!
BAHAGIA atau SENGSARA,

kita yang tentukan untuk diri kita....


Maka, berusahalah untuk membahagiakan hati mu wlupn dugaan dan ujian sentiasa di hadapanmu..Ingatlah..!! ALLAh sentiasa bersamamu wlu di mana dirimu berada..dan DIA sentiasa mendengar suara hati kecilmu...mengadulah padaNYA..luahkan padaNYA..menangislah denganNYA...nescaya DIA akan mengabulkan hajat permintaanmu..andai bukan sekarang,bukan esok,bukan juga di dunia..nescaya di akhirat sana aku akan memperolehnya..insyaAllah..


YAKINLAH JANJI ALLAH...


Prinsipmu Prinsipku Jua
As he said :

" Jangan Cari Kesalahan Orang Lain,
tp Muhasabah Diri Sendiri Dulu"


Terima kasih, abah...
Akan ku pegang ia untuk hari2 ku,insyaAllah...
Terima kasih juga kerana mendidikku sehingga aku mampu berdiri seperti hari ini...
Saya sayang kamu, abah...
Miss u so Much..
Noktah.
KEKUATAN hanya datang dari Nya...
"hasbunallah wani'mal wakiil ni'mal maula wani'mannasiir"
segalanya ku serah padaMu ya Allah..
Kau sebaik2 perancang...
Cuti..horrey..family time!!
RESEPI SIZZLING YEE MEE

2-3 (sanggul) yee mee
5 ulas bawang putih
5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
3 biji cili kering- potong 2
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
1/2 in halia- hiris nipis
Serbuk lada hitam
garam- secukup rasa
Beberapa titik Minyak bijan
1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
sedikit minyak utk menumis

Cara-cara
Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
Masukkan 2 cawan air.
Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.
  • YM me!

    Followers

    PERJUANGANKU

    Pasti Tok Selehor
    (1994-1996)

    Sek Keb Kok Pasir
    (1997-2002)

    Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu
    (2003-2007)

    Darul Quran JAKIM,Kuala Kubu Bharu
    (29 Dec 2007-05 Julai 2008)

    IPGM Kampus Pendidikan Islam
    (14 Julai 2008-Dec 2013)