Apa makna KHUSYUK
Kesempurnaan solat melibatkan akal fikiran, emosi, anggota tubuh badan, pandangan mata, pendengaran telinga, deria bau, pembacaan imaginasi dan khayalan. Ia juga melibatkan kesihatan yg baik, pakaian, air wuduk, tempat solat sperti masjid, surau juga melibatkan individu lain yg berjemaah. Dgn penglibatan keperluan fizikal, maka ia adalah melibatkan skil kemahiran tertentu yg perlu dipelajari.

Sbg contoh, kaedah cepat membaca buku, belajar bhs Arab, kaedah membaca atau menghafal al-Quran dll, semuanya memerlukan kaedah yg tertentu utk menguasainya. Mungkin teknik dan pendekatan yg berbeza, namun hasinya adalah sama. Begitu juga dgn solat, ia memerlukan kaedah tertentu utk menguasainya shgga menghasilkan solat yg khusyuk.

Sabda Nabi SAW:
" Ilmu yg pertama kali diangkat dr muka bumi ialah kekhusyukan "
HR: Thabrani dgn sanad hasan

Mendalami maksud hadis, utk mendapatkan kekhusyukan dlm solat perlu kpd ilmu utk khusyuk.

1) Jika dimaksudkan khusyuk dlm solat itu tenang, kita memerlukan kaedah utk menenangkan diri

2) Jika khusyuk itu dikatakan memberi tumpuan kpd bacaan, kita pelajari teknik membaca dgn berkesan

3) Jika khusyuk itu dikatakan sedang bercakap dgn Allah, kita pelajari ilmu berkomunikasi dgn berkesan

4) JIka dikatakan khusyuk itu membayangkan Ka'abah dan membayang syurga neraka, kita pelajari ilmu mengendalikan imaginasi dan ilmu otak manusia

5) Jika khusyuk dikatakan sedang berdiri tegak dan sempurna thoma'ninah, kita pelajari teknik yg betul mengikut kaedah biologi utk menggerakkan otot dan sendi2 badan

6) Jika dikatakan khusyuk itu mengosongkan fikiran dari memikirkan hal2 keduniaan, kita pelajari ilmu penumpuan fikiran

7) Jika dikatakan khusyuk itu mendengar teliti bacaan sendiri dan bacaan imam serat bacaan hati, kita pelajari ilmu kehebatan deria pendengaran dan hati manusia

8) Jika mengetahui maksud ayat2 yg dibaca akan membantu utk khusyuk, maka sepatutnya kita pelajari terutama bagi al-fatihah dan tahiyyat

9) Jika dikatakan kesempurnaan wuduk asas menyempurnakan solat, maka kita pelajarilah kehebatan cipataan air yg telah ahli saintis buktikan di makmal

10) Jika merasakan bhw dgn menjaga pemakanan dan kecergasan akan membantu khusyuk, maka pelajarialh ilmu yg berkait dgnnya

Dlm buku Mensucikan Jiwa (intisari ihya' Ulumuddin al-Ghazali) tulisan mujahid Sai'd Hawwa, fasa pertama iaitu tntg solat, beliau menulis bhw ilmu ialah sesuatu yg boleh dipelajari dan solat yg didirikan tnpa khusyuk tidak menberi makna kpd amal2 lain serta gagal memberi cahaya kpd kehidupan.

(dipetik dr buku Bio-Mekanik Solat karangan Dr.Yusof Abbas)

Cuti yg Terlalu Panjang

KeMas UmaH & SekiTarNya
Memasak & BelaJar MaSak
Baca Buku & bloG2 sesape pn
Mengajar Bhs Arab & al-Quran
Ziarah umAh sedaRa mara
Borak2 Nga FmiLy
Main air Banjir smbil2 pinDahkan brg2
temanKan adik ujian Kemasukan skolah
dll....

21 nov 09- cuti sek bermula (bru smpai umah)
27-30 nov 09 - raya Haji
27 dis 09 - konvo darusyifa kt Uniten
11 jan 2010 - kuliah bermula utk sem 1 Ijazah

tgk pd tarikh2 di atas, bermkna cutiku masih pnjg...waaaa...
ku rindu nk blik mktb..nk bljr..huhuhu..(^_^)

Hepi Besday to Me..


30 NOvember 2009 adalah tarikh y dinantikan oleh diri ini..Ini kerna tarikh ini menjdkan diri ini genap 19 thun dan thun dpn x de dh angka 1 pd awalnya..yg pasti angka 2 akan appear..huhu..bermkna diri ini makin tua..uhuk123..

terima kasih buat shbt2 yg wish my besday..x kira sblm tarikh tu atau slpsnya..ku amt terharu krn igtn shbt2..ad y msg kata2 beserta doa..msg smata2 nk wish n doa..msg gmbr..ad y call..wish n bg kata2 smgt n doa..doa spya cpat khwin pn ad..huhu..wish mlalui ym n facebook..n nyanyian special dr nurul..smua tu wt diri ini rse diri ini dihrgai n disygi..cyg smua..:-)..(^_^)

1 ucapan yg smpai ari ni sy x dpt lupa..dr my lovely sist..
"slm ulg thun ke 19..moga dgn meningkt n berkurgnya umur, menmbhkan lg ketakwaanmu kpd Allah"

wish dr insan tersyg : pok cik, long, ma, tin, abah, adik, k.ti dll...

wish dr shbt IPG : k.na, aisya, ismat, diah, nurul, a.zam, k.yana, k.ti, k.mus, k.gie, nazila, as n sape2 y ad x tertulis..

wish dr shbiah DQ : aniq, acu, achik, anje, alang, ecah, n sape2 y ad x tertulis..

wish dr shbt2 : izzah, suhailah, maira, kwn n sape2 y ad x tertulis..

SAYA SAYANG SEMUA..!!!!

Salam Eidul Adha




Hargailah segala pengorbanan orang lain yg pernah kita rasai
Ikhlaskan hati atas semua pengorbanan yg kita beri
dan hargailah orang yg sanggup berkorban serta menyayangi
sebelum dia tiada lagi di sisi..(10Zulhjjh)
SALAM EIDULADHA 1430H

Hak bersuara

BERPRINSIP TIDAK JUMUD
TERBUKA TIDAK HANYUT

Masih terngiang2 di telinga ini suatu prinsip yg pernah meluncur laju dr mulut seorang us merangkap senior, Akh Azan bin Safar yg amat disegani warga Darul Quran terutamanya Gen9 IQRac..alhamdulillah,ku cuba pegang jgak prinsip ini smpai ke hari ini..insyaAllah..

Hidup kite dlm berkawan..dlm berorganisasi..dlm klas sdiri pasti ad y makan hati..Klu kite cuba cari kesalahan org lain,smpai bile2 pn kite x kan puas hati..Dlm konsep memberikan pendapat n idea..Anyone can give their own OPINION..dh nama sesi perbincangan..dan semua pendapat x pernah salah pn..dan kite yg bangun utk menyuarakan pendapat memg x salah pn..memang kite ada hak pn..nape mesti takut..bangun la sahabat2 ku..pertahankan apa yg hak..nape mesti kite mkin hari mkin melonggarkan syariat Allah..

Pedulikan insan2 yg x puas hati bile ad insan yg bangun menyuarakan pendapt yg agak x bertentangan nga majoriti..kite mestila guna hak kite sbg slh seorang ahli dlm sesebuah organisasi..jgn hanya membisu,mendiamkan diri sbb malu utk memberikan pendapat atau mengeluarkan ketidakpuasan hati..Dan kita sbg insan biasa atau luar biasa,pasti ad prinsip kita yg tersendiri..jgn main ikut org je..

Maaf byk2 klu ad insan y terasa nga penulisan ini..ana hanya insan yg lemah..yg amat memerlukan teguran,bimbingan,sokongan dll dr shbt..Tegur la andai rasa diri ini keterlaluan..wassalam..

bertemu kembali..
Setelah hampir 2 bln ku tidak menulis apa2 pn di blog ini, akhirnya senja Jumaat ini menyeru utk kembali mencoretkan sepatah kalam..Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Dan syukur sekali lagi pd Allah krn Allahkrn masih memberi peluang kpdku utk meluahkan sesuatu di benak fikiran hambaNya yg lemah ini..Bukan tiada idea utk ku menulis sebelum2 ini,namun kekangan masa dgn pelbagai tugas dan tanggungjwb menjdkan diriku lupa utk berbloging..

Terima kasih kpd shbtku,aisya yg x jemu2 memberi semangat kpd diri ini utk meneruskan perjuangan dalam dunia blog..Wlupn isi blog ini tidaklah memberi berjuta2 manfaat,sekurang2nya ku dpt jua berkongsi idea,pendapat dan pengalaman dgn shbt2,dekat mahupun jauh..insyaAllah..

Alhamdulillah,pd hari penghulu sgala hari ini,perjuangan diri ini dan shbt2 klas dlm menyiapkan semua assignment bg sem 3 akhirnya berjaya..KKP BA adlh yg terakhir bg kami..SELAMAT TINGGAL assignment..jumpa nex sem...hehheh...alhamdulillah..

Dan masa yg ada sementara menunggu detik 2 nov (exam) akan kami gunakan utk mengemaskini nota2,mengulangkaji pelajaran,menumpukan masa yg lebih utk kerja2 dakwah,usrah,smbil2 rehatkan minda dgn blog dan perkara2 y berfaedah.InsyaAllah..moga kami teguh berjuang dalam menuntut ilmu yg mendpt redaNya..amiin..

.. sesi pembentangan..

..khusyuk belajar..

Kesilapan Kerap Muslim dalam Bulan Ramadhan

( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,

terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )

  • YM me!

    Followers

    PERJUANGANKU

    Pasti Tok Selehor
    (1994-1996)

    Sek Keb Kok Pasir
    (1997-2002)

    Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu
    (2003-2007)

    Darul Quran JAKIM,Kuala Kubu Bharu
    (29 Dec 2007-05 Julai 2008)

    IPGM Kampus Pendidikan Islam
    (14 Julai 2008-Dec 2013)