Kesilapan Kerap Muslim dalam Bulan Ramadhan

( artikel ini telah disiarkan tahun 2006 dan 2007 yang lalu, disiarkan semula bagi manfaat bersama,

terdapat beberapa perkara yang telah ditambah)

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net


Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan :-

ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin. net

17 Oktober 2006

( Ulang siar pada 11 Sept 07 )

(Ulang siar pada 31 Ogos 2008 )

Selamat Hari lahir ijah cayam..:-)
Sebelum mlm mnutup tirai..ingin ku tulis 1 post khas utk my best frenz,izzah mohammad..bersempena dgn hari lahirnya yg ke-19..31 Julai.. huhu..ijah,nmpknye awk dh tua ye..bley dh sy nk pggil kak ko awk..hehe..erm,oleh krn umo dh bertmbh,so hadiah pn x de la..heheh..jgn marah..huhu..



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


ijah..maafkan fadz ye andai x dpt jd seorg shbt yg sempurna..pape pn,fadz bgga sgt ada shbt sprti ijah..wlupn kite skrg sedang menghala ke bidang berbeza..kau di selatan dan me in the middle(ye kot..huhu), tp hbgn ukhuwwah yg kite jalinkan krn Allah msih utuh ag..mga ikatan ini akan berkekalan slamanya..biar la sperti seutas tasbih,ada awal tp tiada akhir..insyaAllah..

ijah..klu diizinkan Allah..fadz nk jupo sgt2 awk..bile blik cuti nti..wlupn sktika..ku amat merindui mu..sbb kite x jupo ag thun ni,2009..ilalliqa'..
i love assigment
Dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, ari ni dh 31 July..meaning dh sbulan lbih dh ana tempuh sem 3..yg merupakan sem yg terakhir bg Program Persediaan..(x sabarnye nk msuk program Ijazah..hehe)

Hepi memg la hepi..tp ana rse cam x cukup masa je skrg..Kerja melebihi MASA yg ad..skrg dh strt sibuk nga ASSIGNMENT..hmpir stiap mggu kna submit assgmnt,phtu dpt yg baru plak..memg kletihan la..nk kejar cari mklumt ag..siapkan assgmnt ag..wt slide presentation ag..adush..memg byk la..

Dan dh jd sikap ana..suka sgt cter kt ma..ngadu ltih la..x cukup rehat la..x cukup tdo la..sbb kijo byk sgt..ape lg..ma trus la jwb dlm bntuk pujukan n perangsang..

"dh nama belajar,msti la kna hadapi smua tu..kna rjin..kna sgguh2..xleh mudh putus asa..klu x,bkn nama bljr la tu..nk jd senang kan bukan bnd mudah..klu stakat nk duk rumah,x kijo..jd suri rumah..x dop la kna bc buku..tp nk jd suri rumah pn bkn mudah gak..tgk je mudh,tp bile kte hdapinya..bru kite tahu susahnya.."

So,bile dgr ma jwb g2..smgt ana naik smula la..klu tgh duk riba tgn mse tu,trus ku capai buku..wt planning..muhasabah blik dgn cter2 yg pernh ma bgtau dlu..smua tntg liku2 hidup ma yg penuh nga dugaan..wlupn ma ana ni x berpendidkan tggi,tp die seorg yg berjy dlm hidupnye..berjya didik anak2nye..tq ma..nda syg ma slamanya..:-)

Berbalik pd assignment..kdg2 ana akan bersedih bile dpt assgmnt lbih2 ag yg English..sbb x power mcm org rmai2..uhuk89..tp bile dpt tunjuk ajar dr teman2,ana dpt wt gak..alhamdulillah..trime ksih shbt2ku..as,kimah n smua2..pape pn..i love assignment..chaiyok2 fadz..Allah sntiasa bersamamu utk bg pertolongan..k..
Ayat 1000 Dinar
Sama-sama kita hayati maksud Ayat 1000 Dinar..(surah at-Tholaq 2-3)


Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya)(2)

Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)

Ku serahkan segala2nya pd MU yaAllah..mesti kuat..(^_^)

alhamdulillah..


alhamdulillah ya Allah.. aku bersyukur pdMu atas sgala nikmat yg Kau limpahkan buatku.. terima kasih ya Allah.. kerna menghadirkan ketenangan pd hati dan jiwaku.. kerna memberi petunjuk kpdku.. kerna mempermudahkan sgala urusanku.. aku x mampu berdiri teguh tanpa pertolonganMu..ya Rahman..

Firman Allah s.w.t...
"Sesungguhnya orang-orang Yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka Yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatnya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."


Rabbuna Yusahhil...

MUJAHADAH fadz...

Kun Fayakun..
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

alhmdulillah..ari ni Allah bg pluang utk ku menulis 1 post stelh lama menyepi..Smlm..ikut kwn pegi tgk tayangan kt Dewan Idris..hajat di hati x nk p sbb sy ni memg x suka menonton..lebih2 ag ramai2..tp sbb ni dh 2nd time tayangan yg ITC Gen organised..so p jgak la..kna bg sokongan jgak wlupn kite x suka..btul x k.gie???:-) Tayangan 2 bertajuk KUN FAYAKUN..cter Indonesia..alhmdulillah ok jgak la cter 2..

"Selalu ada Pertolongan Allah"

Tu la pegangan n prinsip yg dipegang oleh watak utama cter..tbe2 bile fikir2 n refleksi diri balik..rse termuhasabah scara otomatik je..sbb dlm khidupan sharian kite,kite kna yakin bhwa Allah sntiasa bersama kite utk bg pertolongan..ag pn,Allah adalah sbaik2 pertolongan..Astaghfirullah..moga pengajaran yg diperoleh smlm mnjdknku lbih kuat n yakin pd janji Allah..

Di sini nk kgsi 1 lirik nasyid..sama2 kite koreksi diri..sama ada kite ni terglgn dlm klgn mne..hmba yg bersyukur atau sbaliknya..

MAWADDAH-Terima Kasih Tuhan

Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

Terimakasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan Rohmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan kuminta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi

a a a a a....

Tapi aku khuatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan Rahmat dari-MU yang kudapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah Aku

Mggu ke2 Sem 3

Skrg da hmpir 1 pg tp mata still x mngantuk..sbb da mnum Pearl td..bgus ke x mnumn y b'kafein???erm..no komen sb bkn stiap mlm pn mnum..ap pndpt Dr Atikah...:-)

Pg td mse klas ELP..Mdm W.Ziraiza mtk kmi smua introduce ourself..uniknye mdm ni..die mtk ktorg bgtau cita2 ktorg sblm dpt msuk mktb..mse 2 la mula si Diah sbuk mncatat..ye la..1 1 nye member kals y suka wt kajian..btul x kwn2???

Erm..bile jd g2..maka baru la kami smua thu..lbih spruh pljr dlm klas kami tu bkn cita2 nk jd guru pd awlnya..ad tu nk jd arkitek..army..animator..doctor..lawyer..dll..Mdm pn cter la skli nga bg suport pd kami..die pn dlu bkn nk jd guru pn tp 1 bnd je yg kite smua kna igt..apa2 pn yg kite dpt skrg,kite kna mnyukai..mnggemarinya..bersyukur la dgn ap yg kite dpt n ad..sbb x smestiny ap yg kite suka/minat 2 adlh yg terbaik utk kite..dan kmgkinan ap yg kite peroleh 2 adlh yg terbaik utk kite..


Dlm kitab Allah pn ad mnyebut...

"Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (surah al-baqarah ayat 216)



(classmate slama 5 thun 1/2,insyaAllah)

  • YM me!

    Followers

    PERJUANGANKU

    Pasti Tok Selehor
    (1994-1996)

    Sek Keb Kok Pasir
    (1997-2002)

    Maahad Muhammadi Perempuan,Kota Bharu
    (2003-2007)

    Darul Quran JAKIM,Kuala Kubu Bharu
    (29 Dec 2007-05 Julai 2008)

    IPGM Kampus Pendidikan Islam
    (14 Julai 2008-Dec 2013)